HIGHLIGHTS

Rindu Budaya BERJIRAN Dulu-Dulu – Bertukar Pinggan, Tolong Angkatkan Kain, Jagakan Anak Pun Boleh.

Afiza Kamarulzaman 15/10/2020 | 03:57 MYT


Kalau di kampung-kampung, semangat kejiranan itu masih utuh, apatah lagi pada zaman emak-emak kita dulu. Cuma, sekarang ini suasananya agak berbeza. Terutamanya di bandar-bandar besar yang tinggal di ‘rumah tinggi’. Ada kala nama jiran sebelah pun kita tak tahu. Mahu jumpa, berselisih bahu pun susah.


Tidak menyalahkan sesiapa. Keadaan semasa dan perubahan zaman adakala menjadi faktor yang tidak disengajakan. Kebanyakan cara hidup di bandar-bandar mengejar masa dan kebanyakan masa dihabiskan di luar rumah. Keluar rumah dini hari, pulang hampir larut malam. Pada hujung minggu keluar bercuti atau bersantai.


Kalau dulu, rumah adalah syurga bagi kebanyakan keluarga. Di situlah kehidupan berlegar. Keluar hanya untuk bekerja dan anak-anak ke sekolah. Selebihnya dihabiskan di rumah. Sesekali sahaja keluar pada hujung minggu untuk pulang ke kampung atau ke kenduri. Juga, kebanyakan isteri kerjanya suri rumah. Jadi, memang masa di rumah semata.


Maka, punya banyak masa bersuai kenal dengan jiran tetangga. Bukan hanya di sebelah rumah, malah yang berlainan lorong pun dikenali. Ada kalanya, satu kampung atau taman kita kenal. Jumpa di kedai runcit, kita tegur, berselisih di pasar, kita angkat tangan. Terserempak di sekolah anak, kita sempat duduk berborak.


Nah, inilah cara hidup berjiran yang sebenar. Rapat dan saling mengenali. Jaringan sosial yang sihat untuk saling ambil peduli dan memahami. Ukhwah terjalin mencetuskan keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Kalau di bandar sekarang ini, susah untuk dilalui sebegitu. Naik satu lif pun, masing-masing sibuk dengan telefon.



Kredit Foto: Google

Cara Hidup Kejiranan Dulu-Dulu:


Kredit Foto: Google

Dan banyak lagi budaya kejiranan dulu-dulu yang pasti kita rindui. Apa pun alasannya pada zaman ini, selagi boleh mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga, usahakanlah agar hidup bermasyarakat kekal harmoni.



Kredit Foto: Google

#Jiran #Hidup Bermasyarakat #Kejiranan