Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Rindu Dayyana Nama Baby Girl Black Hanifah

Zulaikha Yusof 31/10/2018 | 01:43 MYT
Penyanyi Black Hanifah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira telah berkongsi nama anak kedua mereka.
Menerusi sebuah video di laman Instagram milik Black, anak sulungnya, Khaleef Dayyan mengumumkan nama adiknya, Rindu Dayyana.
Rindu Dayyana dilahirkan pada 25 Oktober lalu pada jam 1.56 pagi.

Bismillah...dayyan dah ready nak share nama adik dia.. nama dia ialah... #nyawablack #blackpirlo #pokpet #KDRD #nivalel #nimemangviral tgk sampai habis noh..

A post shared by #NYAWABLACK @cirakhairy (@black.hanifah) on

"Bismillah... Dayyan dah ready nak share nama adik dia... Nama dia ialah... #nyawablack #blackpirlo #pokpet #KDRD #nivalel #nimemangviral tengok sampai habis noh," tulis Black.
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak kedua Black dan Cira.
Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.
#Black Hanifah #Cira #Rindu Dayyana
;