Berita

"Rindu Dekat Abang Dengan Kakak Victoria" - Ini Ucapan Sherry Alhadad Untuk Hari Lahir David Beckham, Amboi...Mesranya!

gempak
Asraf Aided
03/05/2019
02:37 MYT
Sponsor Banner
"Rindu Dekat Abang Dengan Kakak Victoria" - Ini Ucapan Sherry Alhadad Untuk Hari Lahir David Beckham, Amboi...Mesranya!
Bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 semalam.
David ada berkongsi beberapa foto bersama keluarganya ketika menyambut hari istimewa itu menerusi ruangan Instagram (IG) Story.
Tidak ketinggalan, isterinya Victoria Beckham turut menulis ucapan di sebuah entri akaun IG miliknya.
"Happy birthday David Beckham, you are our everything, we love you so much," tulisnya sebagai kapsyen.
Lebih menarik perhatian dan mencuit hati adalah ucapan yang ditulis oleh selebriti popular Sherry Alhadad di ruangan komen.
Sherry sempat bergurau seolah-olah sudah lama mengenali pasangan popular tersebut.
"Selamat hari jadi abang David, rindu abang dengan Kakak Victoria," tulisnya.
Komen itu menarik perhatian netizen yang turut memberi respon balas di bawahnya.
David dan Victoria mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iatu Brooklyn, Romeo, Harper dan Cruz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live