Kumpulan pop 2000, Pussycat Dolls (PCD) mengesahkan bakal membuat kemunculan semula setelah lama berehat Panjang.

Ketua kumpulan, Nicole Scherzinger, 41, menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru berkongsi sekeping foto logo terbaru kumpulan itu untuk tatapan umum.

“#PCDReunion,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen foto.

Difahamkan reunion pertama mereka akan berlangsung hujung minggu ini apabila mereka akan membuat persembahan menerusi episod akhir program realiti X Factor: Celebrity.

#PCDReunion ?

A post shared by Nicole Scherzinger (@nicolescherzinger) on

Malah, mereka dilaporkan sudah merancang siri jelajah Unfinished Business yang akan bermula pada April 2020 di seluruh United Kingdom.

Selain Scherzinger, PCD dianggotai oleh Kimberly Wyatt, Ashley Roberts, Jessica Sutta, Carmit Bachar dan Melody Thorton.

Ahli kumpulan yang lain turut memuat naik foto yang sama di laman IG masing-masing dan ia menambahkan lagi keterujaan peminat seluruh dunia.

Terdahulu, PDC cukup dikenali menerusi lagu-lagu mereka berjudul Don’t Cha, Buttons, When I Grow Up, I Hate This Part dan banyak lagi.

Aktif sejak tahun 2003, mereka mula berehat pada tahun 2010 sehinggalah setiap ahli kumpulan membawa haluan masing-masing.