Hiburan

Rindu Lagu-Lagu Nostalgia? Hijjaz, Inteam, Unic & Mestica Bergabung Di Konsert Amal 4Nomena

Mya Amri
14/02/2019
09:05 MYT
Bagi mengubati kerinduan peminat, barisan artis nasyid terhebat iaitu Hijjaz, Inteam, Unic dan Mestica bergabung menerusi Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM.
Keempat-empat kumpulan berkenaan merupakan barisan artis yang pernah berada di bawah naugan label Hijjaz Records.
Konsert yang dianjurkan oleh KGM Event dan mendapat sokongan padu Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menganggkat tema ‘Terima Kasih’ sebagai simbolik kepada penyatuan konsert ini. Trivia Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM
1. Sebahagian daripada hasil kutipan konsert ini bakal disalurkan kepada tabung bantuan untuk meringankan beban pelajar-pelajar UIAM yang kurang berkemampuan dan turut disumbangkan kepada dana sosial yang digerakkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu ‘Kengkawan Project’ bagi tujuan bantuan kemasyarakatan.
2. Konsert ini juga bakal mendapat sentuhan pemuzik berpengalaman tanah air, Along Exist & Friends yang bakal mengiringi persembahan secara live.
3. Persembahan istimewa daripada bekas anggota kumpulan Unic, Fitri Haris, Suhaimi Saad (Inteam), Hafiz Hamidun (Unic) dan Fadzli Aziz (Unic).
4. Penonton juga bakal disajikan dengan persembahan Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), kumpulan Zero.
Tiket Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM ini terbahagi kepada empat zon iaitu VIP, Zon A, Zon B dan Zon C.
Tiket-tiket konsert dijual dengan harga bermula RM15 hingg RM60 sahaja. Pembelian tiket VIP akan menerima pas istimewa meet and greet.
Pembelian tiket boleh dilakukan secara terus dengan menggunakan aplikasi Whatsapp di talian 017-2833449.
Untuk maklumat lanjut, layari @konsertamal4nomena (Instagram) dan konsertamal4nomena (Facebook).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jamal Abdillah, Hijjaz Bakal Serikan IDEA Awards 2023!

gempak
25/10/2023
11:27 MYT
Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah antara penghibur yang bakal menyerikan majlis penganugerahan berprestij ‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023) pada 3 November depan.
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.
Laman Utama

Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica & Daqmie Bakal Jayakan Konsert 5 Rukun 15 September Depan!

gempak
21/07/2023
12:52 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

UNIC, Inteam Bekerjasama Dengan Peduli Insan Kumpul Bantuan Kepada Syria & Palestin Sepanjang Ramadan, Ini Cara Anda Boleh Bantu!

gempak
18/04/2023
11:20 MYT
Ayuh kita berkongsi rezeki.
Laman Utama

“Kami Tak Berpecah, Munif Tiada Sebab…” - Lama Tak Nampak, Jangan Salah Faham, Hijjaz Masih Ada

gempak
29/09/2022
04:30 MYT
Hijjaz masih wujud