Penyanyi Ayda Jebat memberi bayangan akan tampil dengan lagu berentak rancak tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsi Ayda menerusi entri di akaun Instagram pada Selasa.

Menurut Ayda, dia berasa rindu untuk membuat persembahan di atas pentas dan pada masa sama amat merindui 'team' yang terlibat di sebalik kerjayanya.

"Rindu nak perform! Rindu my girls! Rindu my team! Rindu AJS!

"Lagu seterusnya nak lagu rancak kan? Dah rindu lagu Ayda Jebat eh walaupun benci, fine! Tunggu!" selorohnya.

Walaubagaimanapun, Ayda masih belum menceritakan lebih lanjut tentang lagu baru yang diperkatakan itu.

?? Ting! Ting! Ting! 1 year ago? Wow. Rasa macam sekejap je. Well.. siapa sangka Aladdin pandai rap sampai terjatuh Princess Jasmine. ? Rindu nak perform! Rindu my girls! Rindu my team! Rindu AJS! Oh. Next song nak lagu rancak kan? Dah rindu lagu Ayda Jebat eh walaupun benci. fine! Tunggu! ? ? Siapa boleh translate apa yang @iamsantesh rap tu dia pandai! Atau Santesh temberang kan kita je eh? #AydaJebat #Temberang #ParahParahIsComing

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


Terdahulu, Ayda telah tampil dengan lagu-lagu rancak seperti Pencuri Hati dan Temberang yang masing-masing mendapat sambutan luar biasa dari para peminatnya.

Sama-sama kita nantikan kemunculan terbaru Ayda Jebat tidak lama lagi!