"Rindu Lagu Saya Walaupun Benci...Tunggu!" - Ayda Jebat Beri 'Hint' Akan Tampil Dengan Lagu Rancak Lagi!

Asraf Aided
November 4, 2020 02:00 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memberi bayangan akan tampil dengan lagu berentak rancak tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsi Ayda menerusi entri di akaun Instagram pada Selasa.
Menurut Ayda, dia berasa rindu untuk membuat persembahan di atas pentas dan pada masa sama amat merindui 'team' yang terlibat di sebalik kerjayanya.
"Rindu nak perform! Rindu my girls! Rindu my team! Rindu AJS!
"Lagu seterusnya nak lagu rancak kan? Dah rindu lagu Ayda Jebat eh walaupun benci, fine! Tunggu!" selorohnya.
Walaubagaimanapun, Ayda masih belum menceritakan lebih lanjut tentang lagu baru yang diperkatakan itu.
Terdahulu, Ayda telah tampil dengan lagu-lagu rancak seperti Pencuri Hati dan Temberang yang masing-masing mendapat sambutan luar biasa dari para peminatnya.
Sama-sama kita nantikan kemunculan terbaru Ayda Jebat tidak lama lagi!
#Penyanyi #Ayda Jebat #Penyanyi #Lagu Rancak