Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Rindu Lauk Malaysia, Yuna Masak Nasi Daun Pisang Di LA, Menjadi! - “Sedap Sampai Nak Nangis”

Azwa Rahman 10/06/2022 | 08:40 MYT
Penyanyi terkenal Yuna mengejutkan pengikutnya apabila cubaannya memasak nasi daun pisang ketika berada di Los Angeles menjadi.
Menurut Yuna, dia wajib menikmati nasi daun pisang setiap kali pulang ke Malaysia dan selalu teringin untuk mencuba memasak hidangan terbabit.
“Saya selalu cuba nak masak nasi daun pisang di sini tapi rasa macam mustahil. Tapi hujung minggu ni saya berazam nak masak. Saya dan Adam pergi ke kedai runcit yang menjual barangan Asia di Los Angeles ni untuk membeli segala keperluan.
“Kami masak rasam, raita, papadom, saya sampai tempah daun pisang daripada @saywee_official. Kami masak sotong goreng tepung, ayam goreng dengan rempah India.
“ Apa yang saya boleh cakap, kami berjaya! Sedap sangat sampai saya nak menangis,” tulis Yuna di dalam satu hantaran di Instagram.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut berkongsi video memasak pelbagai lauk untuk dinikmati bersama daun pisang.

A post shared by Y U N A (@yuna)

Pada masa yang sama, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu turut meluahkan penghargaan buat suaminya yang sama-sama membantu dalam menjayakan hidangan tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap usaha Yuna yang tidak melupakan asal-usulnya walaupun berkelana di negara luar.
“Yumms nampak sedap sangat!” komen seorang wargamaya.
“Awat papadom tu mula-mula hangit,” usik seorang wargamaya.
“Nirwana Maju dah boleh tolak tepi,” kata seorang wargamaya.
“Okay ini memang menjadi, guna serbuk kari Baba’s,” ujar seorang wargamaya.
“Celik mata tengok Yuna makan nasi daun pisang pulak emm lapar,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada pengikutnya.
;