Gaya Hidup

Rindu Makanan Tanahair, Peyanyi Ini Tidak Sangka Syarikat E-Hailing Sanggup Terbang Sampai Ke New York

gempak
Azwa Rahman
24/07/2019
10:57 MYT
Sponsor Banner
Rindu Makanan Tanahair, Peyanyi Ini Tidak Sangka Syarikat E-Hailing Sanggup Terbang Sampai Ke New York
Seorang penyanyi rap Indonesia, Rich Brian terkejut apabila perkhidmatan e-hailing Go-Jek menghantar makanan kepadanya yang kini berada di New York, Amerika Syarikat.
Menerusi laman sosial Twitter, penyanyi itu berkongsi satu tweet kerinduannya terhadap makanan di Indonesia.
“Just left for New York & already miss Indonesian food,” tulisnya menerusi satu tweet. Tweet itu kemudiannya mendapat perhatian Go-Jek yang meminta Brian untuk memaklumkan makanan apa yang paling dirinduinya dan meminta alamatnya di New York untuk tujuan penghantaran.
“DM sent but seriously I’m in New York hahaha,” ujar Brian di ruangan balas sejurus menerima maklum balas daripada Go-Jek.
“No problem, pasti ada jalan bro,” tulis admin akaun rasmi perkhidmatan terbabit pada Ahad.
Datang memberikan kejutan, Go-Jek menghantar sendiri makanan tersebut sehingga ke pintu rumah Brian.
Berkongsi satu tweet bukti penghantaran sehingga ke depan pintu, foto daripada Twitter rasmi syarikat rakaman 88rising itu mencuri perhatian netizen. “Y’all really flew the way out here,” tulis syarikat rakaman itu pada Selasa.
Foto itu sehingga kini telah mendapat hampir 20,000 ulang kicau dan lebih 25,000 likes.
Lahir dan membesar di Jakarta, Rich Brian dikenali menerusi singlenya yang berjudul Dat $tick yang dikeluarkan pada Februari 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live