Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Rindu Makkah... Semoga Dapat Tunai Haji Suatu Hari Nanti" - Azza Elite

Asraf Aided
06/08/2019 11:40 MYT
Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Azza berkongsi sekeping foto 'throwback' ketika dia menjalani ibadah umrah beberapa tahun lalu.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Azza, dia berasa rindu untuk kembali ke tanah suci Makkah apabila melihat perkongsian orang ramai yang kini sedang mengerjakan ibadah haji di sana.

"Saya rasa rindu apabila tengok perkongsian mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji, rindu Makkah sangat-sangat.

"Semoga kami berpeluang untuk menunaikan haji suatu hari nanti, semoga Allah sentiasa menjemput kita kesana,"
tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pegikut Azza meninggalkan respon positif dan mengaminkan hasrat dan doanya itu.

seeing these Hajj posts making me miss makkah so much. May we all get to perform Hajj one day. May Allah invite us over and over again❤️ . . selamat menunaikan haji ..

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on


Antara selebriti yang mengerjakan ibadah haji tahun ini adalah Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida, Ashraf Muslim, Fizo Omar dan Wany Hasrita.

Sedikit info mengenai Azza, selebriti kelahiran Kedah ini mula berkecimpung di industri hiburan tempatan pada sekitar 90-an dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
#Elite #Azza
;