Pelawak dan penyampai radio SINAR, Jep Sepahtu mendapat perhatian ramai kerana gelagat lucunya melayan anak-anak.

Menerusi laman sosial Instagram, isteri kesayangannya pelakon Sari Yanti berkongsi sepotong video pendek merakamkan Jep sedang melayan anak-anak makan seolah-olah berkelah di hadapan rumah mereka.

“Rindu Jepun. One fine day kami sampai. Insya-Allah, kali ini dengan anak-anak,” tulisnya.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)


Namun apa yang membuatkan pengikutnya geli hati adalah ayat-ayat yang diungkapkan Jep kepada anak-anaknya dengan wajah selamba.

“Rindu sangat dekat Osaka, buat dekat rumah sahajalah eh. Anak-anak abah okay? Sedap eh? Nanti abah bawak pegi Osaka okay, ni makan dulu, practice dulu, practice dulu,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ternyata pengikutnya terhibur dengan gaya spontan Jep selain menyukai caranya melayan karenah anak-anak.

“Practice dulu hehe... Jep Jep tak pernah tak kelakar,” komen @azeilayzus

“Hahhahahah kalau aku gelak tak habis-habis nak marah pun tak jadi,” tulis @ _chintayusop95

“Kena practice dulu kalau nak pergi Jepun. Hahaha,” coret @oh_anayaaa

“Alhamdulillah... keluarga yang baik. Aktiviti keluarga mengutuhkan kasih sayang,” puji @azizah0104

Jep dan Sari telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertama, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.