Hiburan

"Rindu Paling Menyakitkan Adalah Pada Yang Meninggalkan" - Farahdhiya

gempak
Asraf Aided
09/03/2020
08:48 MYT
Sponsor Banner
"Rindu Paling Menyakitkan Adalah Pada Yang Meninggalkan" - Farahdhiya
Pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengenang pemergian bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang telah meninggal dunia kira-kira dua bulan lalu.
Farah berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Farah, dia merasakan masa sangat cepat berlalu dan masih tidak puas menjaga arwah bapanya itu.
"Saya berkongsi sedikit momen indah bersama hero saya, sudah 60 hari Dada pergi meninggalkan. Sekejap sangat masa berlalu, sejujurnya, Farah tak puas jaga Dada, terlalu rindu untuk jaga Dada, alangkah indahnya kalau Farah masih ada ruang untuk menjaga Dada, tapi Tuhan lebih sayangkan Dada.
"Kehadiran Dada terasa singkat dalam hidup Farah, terima kasih Allah kerana mengirimkan seorang pahlawan yang tidak ada gantinya sampai bila-bila.
"Betul kata orang, rindu yang paling menyakitkan adalah rindu pada orang yang telah pergi meninggalkan kita selamanya," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Farah turut mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.
"Semoga Allah memberimu kasih sayang yang berlipat ganda dan memberimu bahagia di sana, doa Farah sentiasa untuk Dada, semoga Allah terus menjagamu kesayanganku, rest well my hero, Al-Fatihah," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Farah, rata-rata mereka turut menyedekahkan Al-fatihah.
Sharing some sweet memories of my hero that I’ve never shared before. You’ve been gone 60 days already Dada. Sekejap sgt masa berlalu,honestly Farah tak puas jaga Dada,terlalu Rindu utk jaga Dada,how I wish Farah masih ada ruang lagi utk membahagiakan Dada but God loves u more. Dada,kehadiran Dada terasa sgt singkat dlm hidup Farah. Terima kasih Allah kerana telah mengirimkan seorang pahlawan yg tidak ada gantinya sampai bila2. Seorang lelaki yg tak pernah rela menyakitkan hati Farah dan tak pernah terfikir pon dgn sengaja utk menyakitiku. Betul org kata,Rindu yg paling menyakitkan adalah Rindu pada org yg telah pergi meninggalkan kita selamanya. Tak semua org faham perasaan ni. Farah tak boleh nak bayang keadaan raya tahun ni tanpa Dada ? I’ll definitely be at your grave,I promise u. Terima kasih Dada utk kasih Sayang Dada selama ni,Semoga Allah memberimu kasih sayang yg berlipat ganda dan memberimu bahagia di Sana,aminnn. Doa farah sentiasa utk Dada,Semoga Allah terus menjagamu kesayanganku. Rest well my hero. Al-Fatihah (dibaca) ❤️
A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
Terdahulu, bapa Farah meninggal dunia pada 9 Januar 2020.
Pada Ogos 2016, Allahyarham Mohd Amin pernah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).
Dan kemudiannya pada September tahun sama, bapa Farah sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana berdepan masalah paru-paru atau Pneumothorax.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live