Laman Utama

“Rindu Semua…”- Tinggal Isteri & Anak, Harris Baba Dah 3 Bulan Pulang Ke Singapura

gempak
Syafiqah Jalal
28/07/2021
05:19 MYT
Sponsor Banner
“Rindu Semua…”- Tinggal Isteri & Anak, Harris Baba Dah 3 Bulan Pulang Ke Singapura
Penyanyi Harris Baba tidak dapat bersama anak ketiganya, Aleeya Ziba Baba ketika sambutan hari lahirnya yang pertama kelmarin.
Harris memaklumkan dia meninggalkan isteri dan anaknya di Sabah untuk pulang ke negara kelahirannya, Singapura.
“Selamat hari ulang tahun yang pertama Aleeya Ziya Baba! Sorry Papa tak dapat bersama di hari istimewa ini.
“Ketika saya tinggalkan Sabah untuk pulang ke Singapura pada 8 Mei lalu, Aleeya baru sahaja belajar untuk duduk dan sekarang dia dah boleh berlari satu rumah.
“Saya rindu semua momen indah ini masa tiga bulan lalu. Papa sayang kamu sangat,” katanya.
Harris yang popular dengan lagu Katakan itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Harris memuat naik foto dari momen-momen indah anaknya dilahirkan sehingga usianya kini.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mengucapkan hari lahir buat anaknya.
Harris mula membina kerjayanya sebagai penyanyi di Malaysia sejak 2014 dan berkahwin dengan wanita tempatan pada tahun 2018 serta dikurniakan tiga orang anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live