HIBURAN
Rindu Terubat! Bintang Running Man Hiburkan Lebih 5,000 Peminat Malaysia
Selepas tujuh tahun tidak berkunjung ke Malaysia, bintang-bintang Running Man akhirnya kembali menghiburkan peminat dalam acara penuh meriah yang berlangsung di MIECC, The Mines, Seri Kembangan, Selangor, pada Sabtu lalu.
Dengan kehadiran lebih 5,000 orang peminat mereka disambut dengan persembahan pembukaan bintang Running Man yang menyampaikan lagu popular BTS iaitu Spring Day.
Bukan itu sahaja, peminat yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan solo dan duet oleh Yoo Jae-suk, Ha Dong-hoon (Haha), Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, dan Yang Se-chan serta peminat berpeluang untuk berkongsi pentas bersama mereka untuk bermain permainan.
Selain itu, mereka turut menyampaikan beberapa lagu bersama peminat, antaranya APT, Bam Yang Gang, All of Me dan banyak lagi.
Selepas dua jam menghiburkan, acara diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada bintang Running Man kepada peminat yang hadir.
“Terima kasih banyak kerana datang pada petang ini. Kami sentiasa bercakap tentang anda, dan segala yang kami lakukan adalah untuk anda.
"Sokongan anda sepanjang masa ini benar-benar menyentuh hati kami. Kami akan terus maju ke hadapan dan berharap dapat bertemu anda lagi di masa depan. Terima kasih, Malaysia,” kata Yoo Jae-suk, mewakili bintang lain.
Dengan kehangatan dan kegembiraan yang terpancar sepanjang acara, peminat pastinya berharap Running Man akan kembali ke Malaysia lagi dalam masa terdekat!
BERITA BERKAITAN: Nadin Amizah Bawa 'Malam Mendengar' Ke KL, Geng Healing Wajib Datang - "Saya Gementar Untuk ..."
BERITA BERKAITAN: Selepas 11 Tahun, Cakra Khan Akhirnya Muncul Dengan Album Kedua & Bakal Adakan Konsert Solo - “Apa Yang Pasti…”
BERITA BERKAITAN: Konsert Muzik Harmony Charly Van Houten Gamit Nostalgia, Hanyutkan Emosi Penonton!
BERITA BERKAITAN: Full House! Malam Penuh Nostalgia, Konsert 6ixth Sense Hori2ontal Beri Memori Indah Buat Peminat - “Semangat Mereka Buat Kami…”
Must-Watch Video