Rindu Terubat, Datuk Sri Siti Nurhaliza Tunai Umrah Pada Minggu Terakhir Ramadan: “Ada Magis Berlaku…”
Maliah Surip
15/04/2023 06:40 MYT
15/04/2023 06:40 MYT
Rindu Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk kembali menunaikan umrah di bulan Ramadan terubat untuk tahun ini apabila dilihat selamat tiba di kota Madinah.
“Alhamdulillah, selamat tiba di kota suci Madinah. Mengubat kerinduan kepada Baginda Rasulullah SAW,” tuliskan bersama sepotong video yang dikongsikan di Insta Story miliknya lebih 10 jam lepas.
Dalam video lainnya, beliau juga menyebut ada magis yang berlaku dalam pertemuan dengan sahabatnya selain selesai memasuki Raudah atau Taman Syurga di Masjid Nabawi.
Penyanyi nombor satu negara itu juga berkongsi beberapa foto dan video yang menyaksikan dirinya berada di sekitar Masjid Nabawi untuk menunaikan solat dan ziarah.
Namun dalam perkongsian tersebut, tidak kelihatan kelibat suaminya, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa dan dua permata hari mereka, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Saat ditemui pada majlis pengumuman Konsert Satu Suara Vol.3 bersama Jay Jay dan Ernie Zakri, Siti sempat melahirkan kerinduannya untuk menunaikan umrah yang menjadi rutinnya dalam banyak kesempatan di bulan Ramadan.
Waktu itu ibu kepada dua cahayamata tersebut memberitahu belum punya perancangan untuk menunaikan umrah terutama pada beberapa malam terakhir Ramadan tahun ini.
“Memang setiap kali Ramadan saya akan rindu untuk kembali menunaikan umrah. Cuma buat masa ini memang belum ada perancangan, lagipun ada banyak kerja yang perlu dilunaskan.
“Tapi jika tiba-tiba rasa nak pergi saja (umrah), esok kita dah boleh daftar nak pergi. Maksud saya, bukan riak atau apa, tapi jika ada rezeki, keizinan, InsyaAllah tahun ini juga saya mahu pergi.
“Jadi, saya cuma doa agar Allah permudahkan segalanya kerana kita nak ke sana (Makkah) pun menjadi tetamu-Nya atas izin Allah juga," katanya yang berkesempatan menunaikan umrah pada Ramadan tahun lalu.