Terkini

“Rindu Yang Tak Berpenghujung” - Netizen Sebak Lihat Dekta Menangis Di Pusara Arwah Siti Sarah

gempak
Izwan Isa
02/02/2022
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Rindu Yang Tak Berpenghujung” - Netizen Sebak Lihat Dekta Menangis Di Pusara Arwah Siti Sarah
Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan orang yang tersayang? Jiwa mana yang tidak meruntun apabila orang yang hilang itu tidak mungkin akan kembali lagi.
Hal ini yang mungkin dirasai dan dialami oleh keluarga Shuib apabila dia kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin akibat COVID-19 pada penghujung tahun lalu.
Jika Shuib sendiri masih bermuram durja mengingatkan kembali detik-detik bersama sang isteri, apatah lagi anak-anak yang ditinggalkan kini sepi tanpa kasih sayang seorang ibu.
Mungkin salah satu cara untuk melepaskan rindu adalah dengan melawat ke pusara, mengirimkan Al-Fatihah dan doa agar insan yang disayangi sentiasa berada dalam keadaan tenang di sisi Maha Pencipta.
Semalam, Shuib memuat naik sepotong video yang memperlihatkannya melawat pusara Siti Sarah bersama Dzahira Talita Zahra. Namun Dzahira atau lebih mesra disapa Dekta tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata.
Tidak membiarkan si anak terus mengais rindu, kelihatan Shuib terus memeluk Dekta dan cuba untuk menenteramkannya.
Situasi tersebut turut meruntuhkan emosi pengikut-pengikut Shuib. Menerusi ruangan komen, ramai yang dilihat meninggalkan komen berbaur sedih menyaksikan kesedihan anak kecil itu.
“Aku yang dah beranak-pinak ni pun hilang mak.. terasa sangat sedih.. rasa satu perasaan rindu yang sarat dalam dada ni. Rindu yang tak berpenghujung. Apatah lagi si kecil yang sangat rindukan pelukan seorang ibu,” tulis seorang pengikut Shuib di Instagram.
“Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi… semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis seorang netizen pula.
“Semoga Dekta terus kuat dan menjadi anak yang solehah,” ungkap seorang wargamaya.
Shuib kini bergelari bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024