Rindunya Kenangan Raya Dulu-Dulu, No.3 Tu Paling Payah Nak Cari Dah Zaman Sekarang Ni!

Muhammad Ridhwan Roslan
April 6, 2024 11:45 MYT
Bila sebut sahaja Hari Raya Puasa, pasti ingatan korang terimbas kemeriahan ketika zaman kanak-kanak.
Baik daripada momen berhari raya itu sendiri, juadah, pakaian raya, bunga api dan mercun sehinggalah nostalgia mengumpul duit raya keliling kampung!
Jom kita ‘throwback’ kenangan raya dulu-dulu yang mungkin telah ‘hilang’ pada hari ini.

1. Takbir Raya keliling kampung

Min dulu waktu kecik-kecik, ni antara yang min tunggu sebab pada waktu inilah kita boleh berjalan ramai-ramai dengan kawan-kawan diiringi oleh orang dewasa untuk ziarah satu rumah ke satu rumah untuk Takbir Raya.
Waktu ni jugalah kita ambil peluang dapat berjumpa dengan crush!

2. Hantar & Kumpul Kad Raya

Ini juga antara aktiviti yang min sangat rindu nak buat. Kalau waktu dulu, Kita semua akan berebut untuk mencari kad raya yang paling cantik.
Kalau ada yang lebih kreatif, dorang akan buat sendiri kad-kad raya tersebut. Memang best.
Selain daripada bagi, min juga suka kumpul kad-kad raya yang kawan-kawan pernah bagi dekat min dan min gantungkan koleksi kad-kad tersebut sebagai salah satu hiasan rumah. Jadi bila kawan-kawan datang, barulah meriah dan menarik.

3. Pasang pelita & lampu liplap dekat rumah

Untuk yang ini, min akan pilih sendiri pelita yang macam mana min nak pasang supaya rumah kita nampak berbeza daripada rumah-rumah sekeliling yang lain.
Selain daripada itu, dengan pasang pelita ni juga min dapat tahu apa itu minyak tanah, cara-cara penggunaan dan macam mana nak hidupkan api pelita tersebut. Tapi wajib ada pengawasan orang dewasa ok kalau korang nak try pasang pelita ni. Sebab barang-barang yang korang akan guna, semuanya adalah bahan mudah terbakar. Jadi, kena hati-hati selalu ok?

4. Hantar SMS Ucapan Raya dekat kawan-kawan

Dulu sebelum adanya teknologi yang canggih macam zaman sekarang, selain daripada bergantung pada kad raya, satu-satunya cara untuk hantar ucapan raya adalah dengan menggunakan SMS (Sistem pesanan ringkas).
Kalau korang yang tak pernah tahu, cara dulu min hantar ucapan raya, bukan sahaja ucapan semata-mata.
Dalam SMS tu juga, akan ada pantun, corak-corak ‘emoji’ yang direka secara manual dengan menggabungkan karakter khas di dalam telefon atau menggunakan perkhidmatan pemesejan multimedia (MMS). Tapi korang jangan confuse ok? MMS zaman dulu, hanyalah gambar-gambar emoji yang siap dibina di dalam telefon itu sahaja.
Selain daripada berebut untuk mencari line telefon yang kuat, min juga akan berebut untuk mengantar SMS yang panjang beberap kali. Ini di sebabkan waktu dulu, SMS hanya dibenarkan 160 karakter sahaja.
Jadi korang bayangkan kalau mesej korang panjang, kenalah hantar satu satu setiap seorang. Memang tak dapat min lupakan. Struggle ye. Hahaha!
So itulah antara memori-memori dulu yang min rindu untuk nak buat balik pada zaman ini. Kalau korang yang sempat merasa pengalaman ni macam min, korang boleh kongsikan lagi memori-memori yang korang pernah lalui yang tak sama dengan min. Jom kita #throwback Kenangan Raya Dulu-Dulu Yang Memang Menggamit Memori!
Sumber: https://ohbulan.com/kenangan-raya-raya-dulu-yang-dah-lama-hilang-memang-menggamit-memori/
Foto: Carian Google
#Viral #Raya #Aidilfitri #Mercun #Lampu #Kenangan #Kad Raya #Takbir #Pelita #SMS