Ahad lalu menerusi konsert Gegar Vaganza (GV) Kongsi Kasih, Astro telah mengumumkan untuk menyalurkan sumbangan RM200,000 kepada mangsa yang terjejas banjir.

Astro melalui Yayasan Astro Kasih akan menghulurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara NADMA dan Mercy Malaysia (RM40,000 setiap pertubuhan).

Sumbangan RM120,000 pula disalurkan menerusi bintang GV8 yang membuat persembahan Ahad lalu (RM10,000 seorang).

Setiap daripada bintang GV8 akan menyalurkan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan bantuan bencana banjir.

Selain itu, penaja GV termasuk Farm Fresh dan Adabi turut menyumbang bersama-sama Astro dan bintang GV.

Berikut merupakan 12 NGO yang menerima sumbangan daripada setiap bintang GV8.

Bandi Amuk - Tabung Bantuan Bencana Negara


Upiak Isil - Mercy Malaysia Flood Relief


Suki Low - Food Aid Foundation

Nikki Palikat - Malaysian Red Crescent Society

Azan Scan - Kempen Bencana Banjir Malaysia

Shidee - Flood Relief

Saiful Apek - Tabung Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL)

Yassin - Tabung Siap Siaga Bencana


Adibah Noor - Impactive Malaysia

Aweera - Adab Youth Garage

Ani Maiyuni - Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan

Aliff Aziz - ABIM Selangor

BACA: Peka & Prihatin Musibah Banjir, Derma Disalurkan Di Konsert GV Kongsi Kasih Malam Ini