Hiburan

'Ringgit Thieves' Usaha Kreatif Kumpulan Ambank Beri Kesedaran Penipuan Kewangan

gempak
Gempak
06/01/2025
18:56 MYT
Sponsor Banner
'Ringgit Thieves' Usaha Kreatif Kumpulan Ambank Beri Kesedaran Penipuan Kewangan
AmBank mempersembahkan 'Ringgit Thieves', siri mini 8 episod di saluran media sosial rasminya, sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk meningkatkan kesedaran tentang penipuan kewangan.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sektor perkhidmatan kewangan yang lebih luas yang menyokong kempen #JanganKenaScam yang diketuai oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata penting untuk orang ramai dididik terutama dalam dunia digital masa kini.
"Mendidik orang ramai adalah satu langkah yang sangat penting dalam dunia digital hari ini. Memerangi aktiviti jenayah kewangan siber dan mencegah eksploitasi manusia atau kelemahan keselamatan untuk mencuri kata laluan, data atau wang secara langsung adalah satu kemestian yang berterusan.
"Dengan “Ringgit Thieves”, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran semua rakyat Malaysia berkenaan risiko ini. Masyarakat yang berpengetahuan lebih sukar untuk ditipu. Walaupun kami seronok menghasilkan siri mini ini secara dalaman, mesej kami adalah mesej yang serius yang memberi kesan kepada ramai daripada kami secara peribadi. Kami memohon sokongan semua rakyat Malaysia untuk membantu kami memperkasakan mesej #JanganKenaScam," katanya.
Di bawah payung #JanganKenaScam, “Ringgit Thieves” diilhamkan daripada peristiwa sebenar di mana kami mengetengahkan pelbagai taktik dan modus operandi yang digunakan oleh penipu termasuk penipuan cinta, penipuan identiti dan skim penipuan biasa yang lain.
Ia menampilkan penceritaan yang menarik untuk dihayati penonton dari semua peringkat umur. Siri mini yang dihasilkan secara produksi dalaman ini telah mengeluarkan empat episod setakat ini, yang boleh ditonton di saluran media sosial AmBank atau layari https://www.ambank.com.my/rt
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024