Skip to main content

Viral

Ringkasnya Nama Anak, Ini Rupanya Sebab Hafidz Roshdi Pilih Umar

hafidz-roshdi-nama-anak-umar.jpg
Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Umar untuk anak keduanya yang dilahirkan pada 9 September lalu.
 
Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi juga memberitahu maksud nama anak lelakinya itu.
 
“Alhamdulillah, Umar bin Muhammad Hafidz. Umar nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W, maksud yang memakmurkan,” coretnya.
 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji nama anak aktor tersebut.
 
“Alhamdulillah tahniah, semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat,” komen @nadzrilfisol
 
“Alhamdulillah simple nama dan ada maksud. Tahniah Hafidz dan isteri,” puji @ainaabeau.ieja
 
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan anak pertama, Humairah pada 9 September 2017.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement