Risau Elyana Makin Susut, Netizen Kongsi Tips Tambah Selera -"Makan Buah Mangga Masak, Pisang Banyak-Banyak"
ZULHILMI JALIL
13/12/2020 01:35 MYT
13/12/2020 01:35 MYT
Pelakon dan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap 4 mengakui dirinya kini mengalami masalah kurang selera makan.
Situasi itu secara tidak langsung memberi kesan kepada bentuk badannya yang kelihatan agak susut.
"Setiap hari saya struggle (susah) nak makan disebabkan oleh masalah selera .
"Tapi, nak hidup perlu makan okay," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Luahan Elyana itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata netizen bimbang dengan keadaan pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu sekiranya berterusan sebegitu.
Bahkan, ramai yang kemudian tampil memberikan saranan kepadanya mengenai cara membangkitkan semula selera makannya.
"Dear sis yang super strong woman, makan buah mangga masak dan pisang banyak-banyak bagi buka selera makan," komen seorang peminatnya.
"Cuba makan makanan segar dan ambil buah dan sayu dengan banyak," pesan seorang netizen.
"Minum susu untuk tenaga. Makan sahaja apa yang selera nak makan," kongsi warga net yang lain.
Bahkan, ada juga yang menasihati Elyana untuk 'paksa' diri untuk makan.
"Tolong cuba juga makan dan terus kuat semoga anda boleh mulakan kemoterapi. Jika anda tidak boleh makan sekali gus, makan sikit-sikit tetapi kerap," pesan seorang pengikutnya.
Bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar Elyana segera sembuh seperti sediakala.
Terdahulu, menerusi laporan sebuah akhbar, Elyana memaklumkan bahawa sel-sel kanser yang ada pada badannya sudah mereka ke bahagian lain termasuklah hati, rahim dan pangkal paha.
Ekoran tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan, Elyana yang kini seberat 40 kilogram sahaja terpaksa menangguhkan proses kemoterapinya.
Difahamkan, kali terakhir Elyana menjalani kemoterapi pada 2016.
Sebelum ini Elyana mendedahkan mengenai penyakitnya yang sudah dialami sejak 10 tahun itu selepas terisngkir pada minggu kelima Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.