Laman Utama
Risau Isu Bayaran Semakin Mahal, Shiha Zikir – “ Saya Masih Shiha Yang Dulu”
Selepas memenangi kategori utama Anugerah Meletop Era 2021, Shiha Zikir akui tawaran yang diterimanya semakin bertambah.
Menurut artis serba boleh itu, dirinya masih sama seperti dahulu meskipun mendengar khabar angin yang mendakwa bayaran semakin tinggi untuk mengambilnya bekerja.
“Saya tetap merasakan sama sama sperti dulu, saya masihlah Shiha Zikir yang dulu.
“Cumanya mungkin dari segi tawaran itu memang ada, alhamdulillah tawaran yang saya terima semakin banyak masuk, tetapi pihak mereka adakalanya risau tentang bayaran saya.
“Mungkin mereka berfikiran bila saya sudah memegang satu tittle, maka bayaran saya semakin mahal.
“Konsep saya satu sahaja, andai kerja itu saya suka dan saya mampu untuk lakukan, kemudian saya terima.
“Tidak dinafikan saya ada juga mendengar orang berkata-kata tentang bayaran saya, tapi rata-rata mereka yang memanggil saya sudah meletakkan satu bayaran yang sesuai dengan keadaan yang sekarang tanpa saya sendiri beri tahu, mereka sudah faham,” kata Shiha.
Shiha ditemui ketika majlis sidang media Muzikal Lawak Supertstar musim ke-3 yang bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay pada Rabu yang lalu.
Pemilik nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir turut mengulas tentang isu eksklusifviti yang perlu dijaga seandainya seseorang selebriti itu semakin diangkat namanya.
“Berkenaan menjaga eksklusif, saya tidak nafikan, namun bagi saya sendiri macam sekarang saya sertai Muzikal Lawak Superstar ini adalah benda yang lain dari lain.
“Pada pandangan saya, lain orang lain caranya, untuk saya dan team, kami tahu apa yang kami buat. Setiap apa yang saya buat dan sertai semua bersebab, saya tahu atas dasar apa saya berbuat demikian.
“Kalau dulu memang betul, saya sangat menjaga eksklusifviti itu disebabkan mentor saya, Arwah Datuk Sharifah Aini tidak benarkan saya melaukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
“Kalau saya nak keluar pergi tengok wayang pun Arwah tak benarkan, saya ikut apa yang disuruhnya.
“Jadi kesimpulan nya pada saya, saya tidak kisah dan risau tentang istilah eksklusif itu, saya dah buat yang terbaik untuk diri saya,” tambah Shiha.