Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Risau Kelas Online Anak, Awal Ashaari; “Dalam 100% Cikgu Ajar, Berapa Peratus Je Masuk Dalam Kepala?”

Amri Hassan 21/01/2021 | 00:50 MYT
Pengacara Awal Ashaari meluahkan kebimbangan terhadap keberkesanan kelas atas talian (online) yang dilaksanakan di rumah ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Awal, dia turut gusar dan bersimpati dengan keadaan pelajar sekarang yang berdepan detik sukar untuk menuntut ilmu.
"Duduk rumah lama sangat, tudung pun dah tak muat!
"Sedih sangat tengok budak-budak sekarang, struggling with online classes, see how they try so hard everyday to adapt with the virtual class.
"Rasanya dalam 100% yang cikgu ajar, berapa peratus je yang masuk dalam kepala? With all the distractions at home, among classmates.. ada yang terlentang, ada yang meniarap.. ada melompat.. ada yang menyanyi.. ada yang buat stunt," katanya yang memuat naik sekeping foto anak sulungnya, Lara Alana bertudung.
Malah, warga pendidik juga berdepan cabaran untuk mengawal pergerakan pelajar yang hanya mampu dipantau secara maya.
"Obviously cikgu susah nak control them because these kids are not in a real classroom.. it must be really challenging to the teachers too.
"Oh lets pray that all this will end soon, so they can go back to school, like normal," tambah Awal.
Situasi sama dilalui oleh beberapa ibu bapa yang turut berkongsi keresahan memantau anak masing-masing belajar secara online di rumah.
"Betul Awal, budak-budak kasihan sebab mereka pun nak bergaul dengan rakan sekolah. Bukan setakat belajar je. Kita yang dewasa ni pun tertekan mengadap komputer, ini pula mereka," tulis @fateharrayan79.
"Saya setuju, guru memang suka lagi bersemuka tapi apa boleh buat keselamatan dan kesihatan perlu juga diutamakan," tambah @dyg.ahmad.
#Viral #Anak #Awal Ashaari #Lara Alana #Online #Kelas #PdPR
;