Dr Samhan atau nama sebenarnya Ahmad Samhan mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di laman sosial TikTok dan sering berkongsi pelbagai info mengenai dunia kedoktoran, perubatan dan kemasyarakatan.
Video-video yang dikongsi Dr Samhan pernah mencecah 9 juta tontonan sehingga menjadi tular di platform media sosial lain.
Dr Samhan juga mempunyai pengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur.