Malang tidak berbau! Baru-baru ini tular kes penulen air yang dipasang di dalam sebuah rumah tiba-tiba berasap hingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan pengguna.

Ekoran daripada kes tersebut, ramai yang semestinya tercari-cari penulen air yang terbaik dan selamat.

Harus anda tahu, penulen air yang baik mestilah selamat untuk digunakan dan menghasilkan air bersih yang diproses secara fizikal untuk menyingkirkan pencemaran.

Air yang bersih penting untuk fungsi buah pinggang yang sihat dan melancarkan pengaliran darah seluruh badan. Selain itu, badan juga memerlukan air bersih untuk mengelakkan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti cirit-birit, kolera, hepatitis A, tifoid dan polio.



Jadi, ini ciri-ciri yang perlu ada pada penulen air yang baik
  1. Menggunakan sistem tanpa tangki yang membolehkan air sentiasa mengalir dan tidak bertakung seperti teknologi JIKSOO yang digunakan dalam penulen air jenama SK magic yang turut dilengkapi dengan pengesan suhu yang mampu mengelakkan penulen air daripada overheat
  2. Diperbuat daripada bahan terbaik serta tahan haba seperti penggunaaan keluli tahan karat 304 yang terbaik dalam kelasnya. Keluli ini amat terkenal kerana ciri-cirinya yang tahan haba tinggi serta tidak mudah berkarat
  3. Pensterilan UV automatik yang menghilangkan bakteria
  4. Saluran air daripada bahan keluli tahan karat yang menjamin kebersihan air
  5. Mempunyai penulenan NANO berteknologi tinggi yang menyingkirkan virus serta elemen berbahaya
  6. Memberikan pilihan suhu yang pelbagai. Juga mempunyai suhu optimum bagi penyediaan susu formula bayi
  7. Penggunaan tenaga yang menjimatkan

Sebenarnya, ciri-ciri sama boleh anda dapati daripada penulen air berais JIKSOO RICH daripada SK magic, jenama pilihan bagi kelengkapan rumah serba canggih dari Korea.



Penulen air SK magic juga dilengkapi dengan penebat haba yang berupaya mengesan suhu tinggi menggunakan pengesan suhu yang dapat mengelakkan penulen air daripada overheat.

Selain membekalkan air yang bersih, penulen air yang telah memenangi anugerah Korean Consumer Award selama 7 tahun berturut-turut ini juga boleh menghasilkan ais yang berkhasiat kerana ianya dihasilkan daripada air penuh mineral. SK magic juga telah memenangi anugerah CES Innovation Awards 2020 untuk produk penulen air berais ini yang dilengkapi dengan teknologi serba pintar selain penggunaan elektrik yang rendah, sekitar 530Wh sehari.

Anda juga boleh memilih daripada 7 pilihan suhu mengikut kesesuaian seperti penyediaan kopi mahupun susu formula bayi.

SK magic JIKSOO boleh didapati serendah RM100 hingga RM180 sahaja sebulan.



SK magic turut menawarkan penulen udara ‘Motion Air Purifier’ yang menggunakan Pengesanan Pergerakan Pintar dengan kawalan IoT yang dapat memberikan udara yang berkualiti di dalam kawasan tertutup dan berfungsi secara autonomi untuk kualiti udara yang optimum di samping memberikan pemantauan, laporan serta kawalan kualiti udara dari jarak jauh, di mana sahaja, pada bila-bila masa hanya dengan satu sentuhan butang.

Untuk promosi terhad dan maklumat lanjut, layari www.skmagic.com.my atau ikuti SK magic Malaysia di Instagram dan Facebook.



SK magic juga merupakan penaja utama untuk rancangan realiti The Masked Singer Malaysia yang sudah mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9 malam di saluran Astro Warna. Saksikan bagaimana penulen air berais ini mengekalkan hidrasi para peserta dan juri dalam rancangan nombor satu di dunia.