Gegar Vaganza 9
“Risau Sangat Dengan..” - Dapat Nombor Satu, Jaclyn Victor Tetap Gementar Masuk GV9
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor tidak menafikan masih berasa gementar setiap kali membuat persembahan walaupun sudah bergelar penyanyi profesional.
Malah menurut Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 44, keputusannya untuk menyertai GV9 dilakukan setelah mendapat beberapa tips daripada rakan-rakan bekas peserta sebelum ini.
“Risau sangat tadi, dengan nak buka baju ikut timing nak masuk lagu, itu belum saya rasa gabra belakang pentas, atas pentas, semua rasa takut, mulut kering walaupun dah minum air, saya tak tahu ia gementar ke apa. Orang tak tahu saya punya nervous.
“Perkara paling best dalam GV adalah kita dapat bersama dengan kawan-kawan, ini sememangnya pertandingan. Bila saya buat keputusan untuk menyertai GV kali ni, saya bertanya dengan kawan-kawan yang pernah masuk tentang macam mana mereka handle gementar, ada yang kata anggap GV ni macam buat show, jadi persepsi saya terhadap GV berubah sikit. Kenapa nak anggap bertanding, anggap sahaja macam buat show, have fun tapi still rasa gementar,” jelasnya kepada Gempak.
Jaclyn ditemui pada majlis sidang media GV9 yang diadakan selepas konsert pertama bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
Dalam konsert pertama yang berlangsung penuh meriah pada Ahad lalu, Jac membuatkan juri dan ramai penonton ‘standing ovation’ ketika mempersembahkan lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni Gegar Vaganza 3, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Must-Watch Video