Risau Suami Tak Sempat Makan, Kim Tae Hee Hantar Satu Lori Makanan

Amri Hassan
Ogos 15, 2017 10:04 MYT
Pelakon terkenal Korea, Kim Tae Hee telah menghantar satu lori makanan ke lokasi penggambaran filem Uhm Bok Dong yang dibintangi suaminya, Rain.
Difahamkan aktres itu telah menyewa 'food truck' itu dan membelanja keseluruhan kru produksi filem tersebut.
Risau tentang keadaan suaminya yang sedang bekerja keras, Tae Hee juga turut memberikan kata-kata semangat menerusi kain rentang yang dipasang pada lori berkenaan semalam.
"Awak dah bekerja keras dalam cuaca yang panas. Semua pelakon dan juga kru produksi, semoga kekal bersemangat hingga ke akhrinya," tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga turut memuji tindakan Tae Hee itu dan menyifatkan dia sebagai seorang isteri yang prihatin.
"Bukan sahaja cantik pada luaran malah awak juga cantik dalaman. Saya sayang awak Kim Tae Hee," - tulis Gracia
"Awak sememangnya isteri yang sangat baik dan sering memberikan sokongan kepada suaminya," akui Deanna
#Artis Korea #Kim Tae Hee #Rain