Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Risaukan Anak Berusia 6 Bulan”- Bekas Kumpulan UNIC, Wan Najdi & Isteri Positif Covid

Syafiqah Jalal
08/02/2022 07:41 MYT
Bekas ahli kumpuan UNIC, Wan Najdi akui reda apabila dia dan isteri disahkan positif Covid-19.

Menurut Wan Najdi badannya lemah sejak tiga hari lalu sebelum disahkan dijangkiti penyakit tersebut.

“Badan saya memang lemah dan tak sedap dalam tiga hari lalu. Saya pun tak tahu dari mana saya dijangkiti.

“Kemungkinan besar dapat dari isteri yang bekerja di hospital tapi saya yang mula dapat simptom. Cuti sekolah kami tidak ke mana.

“Sekarang ni anak-anak masih belum menunjukkan apa-apa simptom dan belum membuat ujian Covid-19. Saya risaukan anak kecil saya yang berusia enam bulan,” katanya.

Najdi memberitahu berita duka tersebut kepada Astro Gempak menerusi aplikasi WhatsApp.

Meskipun bersedih dengan dugaan yang menimpa keluarganya, namun Najdi yakin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Selepas mereka disahkan positif Covid-19, Najdi gembira apabila akhirnya isterinya ditawarkan kerja ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Rupanya Allah nak bagi hikmah atas apa yang berlaku, Tuhan bagi Covid-19, kemudian terus Tuhan jawab doa kami.

“Enam tahun penantian, akhirnya isteri saya baru dapat perkhabaran gembira yang dia dapat ditukarkan ke KKM. Dia memang sudah tidak tahan lagi bertugas sebagai doktor yang bekerja tidak tentu masa sehingga lewat malam.

“Alhamdulilah, tiada lagi risiko bertemu pesakit. Menangis kami terharu. Allah dengar…” luahnya.

Najdi yang juga penceramah bebas dari program Imam Muda musim kedua itu bernikah dengan Norazreen Rahim pada 29 Januari 2016.

Pasangan itu turut dikurniakan empat cahaya mata yang lain Wan Nur Maisarah, 6, dan Wan Musthafa, 4 tahun dan Wan Medina, 3 dan Wan Mishary yang baru berusia 6 bulan.

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)

#Anak #Isteri #UNIC #Najdi #COVID-19 #'Wan
;