Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor dan suami, Saif Ali Khan merancang mengupah pengawal peribadi untuk anak mereka, Taimur Ali Khan.

Menurut laporan Bollywoodlife.com, perkara itu dilakukan selepas ada pihak yang cuba mendekati Taimur untuk berswafoto sehingga membuatkan mereka berasa sangat terancam.

"Walaupun Taimur sering dikejar oleh paparazzi sebelum ini namun mereka hanya mengambil gambar daripada jauh sahaja.

"Namun baru-baru ini ada individu menyerang Taimur dan mengajaknya untuk mengambil gambar swafoto bersama ketika berada di rumah.

"Mereka merancang untuk mengupah pengawal peribadi kerana risaukan keselamatan Taimur," kata sumber.

Taimur adalah anak pertama hasil perkahwinan Kareena dan Saif yang mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.

Bagi Saif pula, Taimur merupakan anak ketiganya. Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan pelakon Amrita Singh, Saif dikurniakan dua orang anak, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan