Hiburan

"Risiko Sangat Tinggi, Tak Rugi Pun Bagi Mereka RM1 Atau.." - Netizen Saran Beri Tip Buat 'Rider' Penghantar Makanan!

gempak
Hanafis Haris
02/04/2020
10:13 MYT
Sponsor Banner
"Risiko Sangat Tinggi, Tak Rugi Pun Bagi Mereka RM1 Atau.." - Netizen Saran Beri Tip Buat 'Rider' Penghantar Makanan!
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pastinya kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.
Malah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut menggunakan perkhidmatan tersebut.
Tun sendiri memuji pengorbanan dan khidmat penghantar makanan tersebut sepanjang tempoh PKP.
Terbaru, isu memberi tip atau wang imbuhan untuk pemandu atau 'rider' ini mula menjadi perbualan ramai khusunya di Twitter.
Semuanya gara-gara posting sebuah individu yang memaparkan tindakan seorang pemuda ini menunaikan solat di tepi jalan.
Terharu dengan sikap murni tersebut, ramai daripada warga maya menyarankan supaya pelanggan memberikan sedikit imbuhan atau tip kepada 'rider' ini.
"Masa-masa sukar ni ringankanlah tangan untuk tip mereka.
"Risiko diorang terdedah tu sangat tinggi, mereka berkorban untuk pastikan keluarga mereka cukup makan. Tak terbanding dengan tip seringgit dua yang kita hulur tu," kata seorang daripada pengguna Twitter.
Selain gambar rider yang sedang solat, imej memaparkan seorang lagi pemuda yang sedang menikmati makanan di atas motor juga menyayat hati.
Anda boleh lihat antara posting berkenaan di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live