Ibu bapa moden kini sering menggunakan gajet seperti telefon pintar atau tablet sebagai senjata menenangkan serta mengalih perhatian anak-anak.

Namun bagi suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd Izzar Anwari teknologi akan memberi manfaat kepada anak-anak sekiranya ia diberikan secara terkawal.

Bagaimanapun, pendedahan yang berlebihan kepada gajet ini bakal memberi kesan buruk kepada anak-anak mereka di masa akan datang.

Justeru, Dr. Izzar berkongsi kesan-kesan negatif gajet terhadap anak-anak.

“KESAN BURUK GAJET KEPADA ANAK-ANAK

“Pada zaman kini, ibu bapa moden sering menggunakan gajet seperti smartphone atau tablet untuk menenangkan atau mengambil perhatian anak-anak.

“Senyaplah sikit diorang kan? Tapi adakah tu langkah yang bijak? Teknologi sememangya akan memberi manfaat kepada anak-anak sekiranya diberi pendedahan terkawal. Tetapi kalau diberi pendedahan berlebihan, memang banyak kesan buruk

“Untuk anak-anak kecil, kesan negatif kepada mereka adalah adalah menyebabkan speech development menjadi lebih lambat berbanding anak-anak lain yang sama umur.

“Dah anak dok tenung je gajet tu sambal swipe jari. Bila masa dia nak bercakap kan? Dan kalau tak bercakap dengan orang pula, macam mana dia nak belajar bersosial dengan normal?

“Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ni. Beri limit selama dua jam sehari untuk mereka bermain gajet. Lagi kurang lagi bagus. Taknaklah dapat speech delay. Kena pula bawa jumpa speech therapist etc nanti.

“Bila anak-anak menjadi terlalu dependent pada gajet ni, mereka akan ada sentiment negatif kalau kita gajet mereka hilang atau kita ambil. Mereka akan marah, sedih, dan rasa kekurangan sesuatu.

“Penggunaan gajet yang terlalu lama pula akan memberi kesan kepada tahap agresif anak-anak. Malah, anak-anak akan tidak sensitif kepada persekitaran mereka sebab berada dalam dunia mereka sendiri .

“Dan banyak kajian telah mendapati bahawa semakin lama penggunaan gajet, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah mental seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorders dan bunuh diri,” tulisnya.

Dr. Izzar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama isteri dan anaknya, Ayra Aneesah, 1.

Tambah Dr. Izzar lagi, ibu bapa perlu bersabar melayan kerenah anak kerana kesannya membiarkan anak dengan gajet akan menjadi kemudaratan di masa akan datang.

“Memanglah kita rasa anak-anak kita okay je masa kecil. Tetapi kesannya akan kita nampak semasa anak-anak tu dah besar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi lenturlah elok-elok rebung tu. Bersabarlah sikit dengan kerenah anak-anak.

“Ayra pun dah makin clingy sekarang. Sampai tahap nak panjat kaki saya taknak lepas. Bukaklah Omar & Hana kat YouTube tu kejap. Favourite dia.

“Lepas Ayra dah tenang sikit, tutuplah YouTube lepas tu saya pula sambung nyanyi lagu Omar & Hana. Dulu saya layan Linkin Park dengan Metallica. Sekarang kena ingat lagu-lagu budak nak kena nyanyi kat Ayra,” jelasnya lagi.

Izzar mendirikan rumah tangga dengan Ummi pada 23 Julai 2017.

KESAN BURUK GAJET KEPADA ANAK2 ? . Pada zaman kini, ibu bapa moden sering menggunakan gajet seperti smartphone atau tablet untuk menenangkan atau mengambil perhatian anak2. Senyapla sikit diorang kan? Tapi adakah itu langkah yang bijak? Teknologi sememangya akan memberi manfaat kepada anak2 sekiranya diberi pendedahan terkawal. Tetapi kalau diberi pendedahan berlebihan, memang banyak kesan buruk ? . Untuk anak2 kecil, Kesan negatif kepada mereka adalah adalah menyebabkan speech development menjadi lebih lambat berbanding anak2 lain yang sama umur. Dah anak dok tenung je gajet tu sambal swipe jari. Bila masa dia nak bercakap kan? Dan kalau tak bercakap dengan orang pula, macam mana dia nak belajar bersosial dengan normal? Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ni. Beri limit selama 2 jam sehari untuk mereka bermain gajet. Lagi kurang lagi bagus. Taknakla dapat speech delay. Kena pula bawa jumpa speech therapist etc nanti ? . Bila anak2 menjadi terlalu dependent pada gajet ni, mereka akan ada sentiment negatif kalau kita gajet mereka hilang atau kita ambil. Mereka akan marah, sedih, dan rasa kekurangan sesuatu. . Penggunaan gajet yang terlalu lama pula akan memberi kesan kepada tahap agresif anak2. Malah, anak2 akan tidak sensitive kepada persekitaran mereka sebab berada dalam dunia mereka sendiri ? . Dan banyak kajian telah mendapati bahawa semakin lama penggunaan gajet, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah mental seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorders, dan bunuh diri ? . Memangla kita rasa anak2 kita okay je masa kecil. Tetapi kesannya akan kita nampak semasa anak2 tu dah besar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi lenturlah elok2 rebung tu. Bersabarlah sikit dengan kerenah anak2 ? . Ayra pun dah makin clingy sekarang. Sampai tahap nak panjat kaki saya taknak lepas. Bukakla Omar & Hana kat youtube tu kejap. Favourite dia. Lepas Ayra dah tenang sikit, tutupla youtube pastu saya pula sambung nyanyi lagu Omar & Hana. Dulu saya layan Linkin Park dengan Metallica. Sekarang kena ingat lagu2 budak2 nak kena nyanyi kat Ayra. Hmm.? #drizzarshares

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on