Risteena Panik Isa Khan Jatuh Sakit, "Sempat Berbuka Minum Air Je Dalam Kereta .."

Zulaikha Yusof
Mei 12, 2020 03:16 MYT
Pelakon Risteena mendedahkan tunangnya, Isa Khan yang juga merupakan seorang aktor telah menghadapi masalah pernafasan semalam.
Menurut Risteena, dia menerima panggilan kecemasan lantas terus memandu ke rumah Isa untuk melihat keadaannya.
"Telah terima panggilan kecemasan @theisakhan 7 malam semalam minta datang tengok dia sekarang!
"Dalam keadaan panik, terus memandu kereta pergi rumah dia, sempat berbuka minum air je dalam kereta. Hati tak tenang sepanjang memandu, sebab dia tak pernah macam ni. Bila sampai tengok keadaan dia sangat lemah.
"Dah pergi jumpa doktor dan sempat teman makan selepas itu on the phone teman dia tak boleh tidur. Sekarang baru sempat nak tidur sekejap. Semoga cepat sembuh, sayang," kongsinya di Instagram (IG).
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Risteena menyatakan Isa mengalami hyperventilasi yang bererti bernafas dengan lebih laju dan lebih dalam daripada biasa ketika berada dalam keadaan rehat.
"Ni medical term hyperventilate..Biasa berlaku disebabkan stress. Simptom dia sesak nafas dan kekajangan badan. Kena kawal pernafasan, tarik nafas dalam-dalam, hembus secara perlahan dan bernafas dalam beg kertas yang kecil," tulis seorang pengguna.
Malah, ramai yang tidak lupa mendoakan agar Isa kembali sembuh seperti biasa.
Walaubagaimanapun, Risteena telah memadamkan video terbabit.
Risteena, 30, dan Isa, 26, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
#Sakit #Isa Khan #Sakit #Risteena