Aktres Rita Rudaini mendedahkan dia telah mendidik anak-anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna untuk berkongsi rezeki pada setiap pagi dengan kucing di jalanan.

Menurut Rita, 44, dia berpendapat kehadiran kucing dalam kehidupannya untuk menjadi pembawa rezeki.

"Setiap hari sebelum pi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air kat kucing. Didik anak-anak berkongsi rezeki sesama makhluk.

"Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan.

"Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah untuk kita," tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi sebuah rakaman video, Rita memperlihatkan anaknya sedang memberi beberapa ekor kucing makan.

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum mengingatkan untuk berbuat baik kepada kucing kerana haiwan itu bukan sahaja hanya membawa rezeki dalam bentuk wang ringgit.

"Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.

"Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri.

"Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.

"Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.

"Kadang-kadang kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita.Tapi ingatlah bahawa Allah menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.

"Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas," tulisnya lagi.

Setiap hari sblm p sek,mesti singgah bg mknan n air kt kucing.... Didik anak2 berkongsi rezeki sesama makhluk... Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kdg2 pergi buang tp dtg balik..Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita. Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dgn keikhlasan kita dan doa dari kucing utk tuan rumah. Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tp juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Kdg2 kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita.Tp ingatlah bahawa Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita. Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas...

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on