Hiburan
Rita Rudaini Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya, "Jangan Lupa Bagi Nafkah Anak ..."
Pelakon Rita Rudaini memberi peringatan kepada bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura.
Menurut Rita, dengan kecanggihan teknologi yang ada pada masa sekarang lebih memudahkan untuk melakukan.
"Dah ada akaun bank sendiri dah ka Haura? Lagi senang la daddy Haura nak bagi duit kat Haura.
"Hidup di zaman canggih moden ni macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak.
"Nak bagi dengan tak bagi ja. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya hado," tulisnya.
Tambah ibu tunggal kepada dua orang anak ini, tak salah untuk bergembira di luar tetapi kewajipan jangan diketepikan.
"Nak bergembira, bergembira la tapi jangan lupa bagi nafkah anak. Dapat pahala. Malu kat orang aih kerja doktor tapi bengap bab tanggungjawab.
"Tanggungjawab sebagai bapa ni tak perlu kena pi bayar masuk koleh belajar. Kalau rasa diri tu manusia, jadi la sebagai seorang manusia.
"Kalau tak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukar la jadi tapir ka, tenuk ka, khinzir ka," tulisnya lagi.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan namun bercerai pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.