Usahawan terkenal Rita Sosilawati terkejut apabila menemui taburan beras di sekitar premis perniagaannya lewat malam tadi.

Kongsi Rita menerusi Instagramnya, beras yang ditabur berselerakan itu berkemungkinan dilakukan individu yang berniat jahat dan cemburu dengannya.

"Bulan puasa pun ada orang tabur macam-macam depan kedai. Cukup-cukuplah... cuba bersaing dengan cara yang sihat ...

"Saya percaya rezeki Allah itu luas.. bukan dengan cara menjatuhkan orang dengan cara macam nie..

"Cetek sungguh ilmu dan tiada iman langsung orang yang buat benda-benda nie," tulisnya berserta sepotong video.

Rita akui perbuatan berlandaskan ilmu hitam itu masih wujud dalam kalangan masyarakat moden.

Justeru, Rita merayu kepada pelanggannya agar terus berhubung dengannya sekiranya gagal menemui premis perniagaannya.

"Saya jarang share benda-benda macam nie... tapi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang..

"Siapa yang tak nampak and tak jumpa kedai sis boleh call ya... kita akan guide .. confirmed jumpa lepas ni.

"I know power of netizen... support me okay.. it means a lot," tambahnya.

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati)


Difahamkan lokasi beras ditabur itu di sekitar kawasan yang terlindung dari kamera litar tertutup, sekali gus menyukarkan Rita mencari pelakunya.

Rakan selebriti dan wargamaya terus memberikan kata-kata dan doa buat Rita dan memintanya agar sentiasa mempersiapkan diri dengan pendinding.