Rizal Pilih Lily Untuk Suap Bubur, Penonton Suruh Usu Sakinah 'Move On' & Terima Rahman

Zulaikha Yusof
November 3, 2020 09:26 MYT
Peminat setia drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa mesti bertepuk tangan gembira selepas menonton episod 17 semalam.
Usu Sakinah (Uyaina Arshad) yang kini berubah menjadi perampas mula memulakan langkah untuk merampas Rizal (Kamal Adli) daripada Lily (Uqasha Senrose).
BACA: “Pakai Tudung Nampak Baik, Hati Busuk Macam Syaitan!” - Benci Usu, Uyaina Arshad Jadi Mangsa
Hasrat Usu Sakinah ingin menyuap bubur kepada Rizal tidak kesampaian apabila telah ditolak mentah.
Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, babak itu telah membuahkan rasa puas hati kepada penonton kerana rata-ratanya menyukai Rizal bersama Lily.
Malah, ramai yang meminta Usu untuk move on daripada Rizal dan menerima cinta Rahman.
Selain itu, drama Perempuan Tanpa Dosa juga menduduki tempat keenam selepas trending di Twitter.
Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.
Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal dan Lily akibat permintaan orang tua.
Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.
Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.
#Lily #Perempuan Tanpa Dosa #Usu Sakinah #Rizal