Rizalman Bersyukur Pusat Pengajian al-Quran, Yayasan RI Diluluskan

Syafiqah Jalal
Ogos 26, 2020 10:30 MYT
Hasrat pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran atau Yayasan RI telah diluluskan.
Rizalman bersyukur kerana penubuhan pusat untuk golongan dewasa itu dapat ditubuhkan.
“Alhadmulilah ya Allah, tengah menangis ni.
“Yayasan RI sudah diluluskan,” katanya.
Rizalman berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto surat kelulusan penubuhan yayasan tersebut.
BACA: Rizalman Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja dan mengucapkan tahniah.
Terdahulu, Rizalman merancang untuk menubuhkan pusat pengajian itu di Johor sebagai cawangan pertamanya.
Sebelum ini syarikatnya, Rinetwork yang membiayai sepenuhnya pusat pengajian tersebut sendiri sementara menunggu kelulusan penubuhan yayasannya itu.
#Rizalman #Fesyen #Pereka #Yayasan RI