Pelakon sinetron popular, Rizky Billar berkongsi tentang ancaman pembenci (haters) yang pernah dilayangkan pada anaknya, Muhammad Leslar Al Fatih Billar, ketika masih dalam kandungan.
Kata Rizky Billar, seorang individu pernah memuat naik foto di media sosial berisi ancaman guna-guna dan santet (ilmu sihir) pada belahan hatinya.
"Dia muat naik foto ingin mengguna-guna atau santet anak kami yang akan lahir saat itu, lalu saya laporkan (pada pihak berkuasa)," ucap Rizky menerusi video yang diterbitkan menerusi saluran YouTube Maia Aleldul TV baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, suami kepada Lesti Kejora itu menjelaskan, suspek ditangkap dan ditahan selepas laporan kepada pihak berkuasa dibuat.
“Ramai yang tak tahu, tapi saya kongsi di sini bahawa sebenarnya orang itu sudah ditangkap, sudah ditahan," katanya.
Namun setelah disiasat, individu yang sudah ditangkap polis itu ternyata bukan pelaku sebenarnya. Billar berkata, pelaku asli yang mengancam anaknya sengaja menggunakan akun media sosial orang lain untuk menutup kesalahannya.
Hal ini kerana, suspek yang ditangkap polis memberitahu yang dia telah kehilangan telefon bimbitnya, ketika semua akaun media sosialnya masih di log masuk pada telefon berkenaan.
"Setelah dimintai keterangan dari polis, ternyata handphone suspek itu diambil orang dan disalahgunakan oleh orang lain, oleh pelaku sebenarnya nih," ungkap Rizky lagi.
Pemilik telefon bimbit yang sempat ditangkap polis itu juga memberitahu yang ini bukan kali pertama akaun media sosialnya disalahgunakan oleh pencuri berkenaan.
"Bukan cuma kami, dia sempat berbuat hal buruk lain kepada artis lain," kata Rizky.
Buat masa ini, penjenayah sebenar yang melakukan ancaman terhadap anaknya masih diburu oleh polis.
"Nah, penjenayah sebenarnya saat ini sedang diburu, tak tahu pula orangnya orang mana, sedang dikesan oleh Facebook," katanya lagi.
Terdahulu, menerusi laporan Kompas.com, Rizky Billar dan Lesti Kejora sempat melaporkan lapan buah akaun media sosial ke Pejabat Polis Daerah Metro Jaya.
Billar membuat laporan tersebut di Mapolda Metro Jaya, Selasa (23/11/2021). Peguam kepada Billar, Sandy Arifin berkata, lapan akaun media sosial berkenaan melayangkan pelbagai ancaman bermula dengan pencemaran nama baik hingga ancaman pembunuhan.
"Yang pasti ia berkaitan dengan saya dan keluarga saya. Saya sedar mengenai akaun ini sekitar dua, tiga bulan lalu. Saya rasakan hal ini sudah melampau, sebab itu saya buat laporan polis," tutupnya.
Izwan Isa
Thu Apr 21 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Lindsay Lohan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Nelydia Senrose, Suami Tunai Haji - "Ini Anugerah Allah Paling Agung Buat Kami"
Semoga beroleh haji mabrur!
![[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza [VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/tokti-adele-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Mesti seronok tengok dekat-dekat
.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.

"Income Dari Mana? Shopping Mengalahkan Anak Tan Sri" - Netizen Tanya Elfira Loy
Biar la duit suami dia