Sambutan Aidiladha akan diraikan sekitar satu minggu lagi. Saat ini, jemaah haji sudah berada di kota suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima bagi mereka yang mampu.

Dalam pada begitu banyaknya umat Islam memasang impian besar agar terpilih menjadi tetamu Allah, ada juga calon jemaah yang sudah mendapat peluang tetapi tidak dapat menunaikan haji.

Antaranya adalah pasangan selebriti Rizky Billar dan Lesti Kejora.

Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.

“Ada perubahan jadual pekerjaan yang sebelumnya sudah disepakati.

“Pada awalnya sepatutnya boleh (pergi haji), tapi tidak dapat,” katanya menerusi saluran YouTube KH Infotainment seperti dilaporkan Liputan6.com.

Meski demikian, pelakon tersebut berharap agar dapat melaksanakan ibadat haji pada masa mendatang.

“Mudah mudahan tahun depan ada rezeki (pergi haji),” katanya lagi.

Terdahulu, Rizky dan Lesti diketahui menjadi antara calon yang tidak perlu ‘beratur’ untuk pergi menunaikan haji.

Pasangan itu difahamkan telah mendapat jemputan secara lansung dari kedutaan besar Indonesia di Arab Saudi untuk menjadi tetamu Allah pada Aidiladha tahun ini.

Selain mereka, pesohor Raffi Ahmad dan Youtuber popular, Deddy Corbuzier juga menerima jemputan yang sama.

Deddy bagaimanapun menolak undangan tersebut kerana belum ‘siap’ dari segi mental dan fizikal, manakala Raffi dan isterinya, Nagita tidak dapat menunaikan haji kerana kekangan pekerjaan.

Untuk rekod, Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak 60,000 orang merayu untuk melaksanakan ibadah haji musim 2022.