Rizky Billar Pernah Dibela Pond*n & Sugar Mummy, Fakta Atau Fitnah?
Maliah Surip
01/10/2022 09:27 MYT
01/10/2022 09:27 MYT
Dunia hiburan Indonesia masih lagi ‘bergegar’ dengan kisah rumah tangga pasangan selebriti muda Rizky Billar dan isterinya, Lesti Kejora.
Semuanya gara gara Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh pelakon itu.
Menerusi laporan polis yang tersebar, penyanyi dangdut itu telah dicekik dan dihempas ke katil serta dipukul dalam bilik air. Puncanya adalah kerana Rizky diketahui berlaku curang terhadap Lesti.
Sejak berita kecurangan Rizky menjadi punca dia memukul isteri dinikahi tahun lalu itu tersebar, pelbagai versi entahkan fakta atau fitnah muncul di media sosial.
Salah satu yang hangat dilaporkan media tempatan adalah kisah masa silam Rizky.
Ada sumber mendakwa Rizky pernah menjadi simpanan atau dibela oleh pondan dan tante tante atau sugar mummy sekali gus.
Hal hubungan Rizky mempunyai ‘kekasih gelap’ itu terbongkar selepas sumber mengaku menjadi saksi pondan yang membela Rizky dan sugar mummy telah bergaduh di hadapannya.
“Dulu memang ada pondan, sugar mummy dan seorang peguam yang namanya tidak mahu saya sebut bergaduh di depan mata kepala saya sendiri.
“Mereka bertiga berdebat dan berkelahi di sebuah kafe di Kalibata kerana ketiga tiganya mengaku mereka adalah kekasih Rizky pada waktu itu,” dedah sumber dengan panggulan Satria Mulia seperti dilaporkan Insertlive.
Sumber yang sama mendakwa, sebagai salah seorang yang terbabit dalam dunia seni, ramai yang bertanya kepadanya dari mana Rizky mendapat kemewahan sedangkan dia hanya menerima sekitar RM363 satu episod.
“Ramai yang tanya ‘dia berlakon dengan bayaran Rp1.2 juta (RM363) saja satu episod tapi sudah mampu pakai kereta BWM. Dan dia bukan membawa watak utama,” katanya lagi.
Meski kini tersebar luas bermacam versi ‘percintaan songsang’ Rizky di semua platform media sosial, dia belum memberi sebarang kenyataan.