Laman Utama

Rizky Billar Tidur Balai, Tetap Tak Mengaku Hempas Lesti Kejora

gempak
Maliah Surip
13/10/2022
02:32 MYT
Sponsor Banner
Rizky Billar Tidur Balai, Tetap Tak Mengaku Hempas Lesti Kejora
Selepas tidak memenuhi ‘undangan’ pertama kali pihak polis untuk membantu siasatan dirinya melakukan keganasan rumah tangga atau memukul isteri, pelakon dan hos Rizky Billar akhirnya memberi kerjasama.
Suami kepada Lesti Kejora itu diketahui telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis selepas penyanyi dangdut tersebut mengejutkan industri hiburan Indonesia dengan laporan kepada pihak berkuasa bahawa dirinya dipukul Rizky.
Hasil kerjasama yang diberikan, media tempatan melaporkan status Rizky sebagai saksi bertukar kepada orang kena tuduh (OKT).
Rizky juga berhadapan dengan hukuman 5 tahun penjara di atas perbuatannya memukul isteri yang baru dinikahi setahun itu.
Sebelumnya, Detik.com melaporkan Rizky telah disoal siasat dengan sekitar 38 persoalan. Oleh kerana keletihan, lelaki tersebut telah tidur di balai polis.
Polis juga telah memiliki bukti-bukti dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan terhadap Lesti.
"Yang jelas pertama ada laporan bertulis dari pihak hospital, kemudian foto-foto pada waktu kejadian pertama dilaporkan, dan rakaman CCTV.
“Selain itu ada beberapa saksi juga telah dipanggil memberi keterangan,” ujar wakil pihak berkuasa.
Namun Rizky tetap menafikan dia telah menghempas Lesti sewaktu memukulnya baru baru ini.
Terdahulu, Lesti pada 28 September lalu membuat laporan polis dirinya dicekik dan dipukul antaranya di dalam bilik dan bilik air oleh Rizky sehingga mendatangkan kecederaan termasuk pada bahagian lehernya.
Sepanjang kes ini hangat diperkatakan, banyak bukti mula muncul termasuk yang terbaharu video Rizky membaling bola snuker kepada Lesti. Meski tidak mengenai Lesti, video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai apa lagi penyanyi berusia 23 tahun itu didakwa sedang hamil saat kejadian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live