HIBURAN
Rizky Febian & Mahalini Selamat Timang Bayi Pertama, Beri Nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian - “Telah Lahir Buah Hati Kami”
Pasangan penyanyi popular Rizky Febian dan Mahalini selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada Sabtu.
Selamat Lahir Puteri Sulung
Berita gembira tersebut dikongsi Rizky di Instagram (IG) beserta foto-foto momen dia dan Mahalini bersama puteri sulung mereka.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu itu turut berkongsi nama penuh cahaya mata pertama mereka itu.
Kongsi pelantun lagu Bermuara itu lagi, dia turut berdoa agar puteri kesayangannya itu menjadi anak yang berbakti kepada orang tuanya kelak.
“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami "Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian" dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025
“Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yang berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak. Mohon doanya semuanya,” coret Rizky.
Pada awal Januari, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, memaklumkan dia kini sedang berbadan dua dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia muzik sehingga selepas bersalin.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024.
Bagaimanapun pasangan ini bernikah sekali lagi pada 27 Disember lalu selepas pernikahan mereka didapati tidak sempurna dari segi rukun nikah ditetapkan agama Islam.
Must-Watch Video