Laman Utama

Rizky Febian, Ziva Magnolya Tak Bercinta – “Kami Memang Rapat, Nak Hasilkan Lagu Cinta Kena Cari Keserasian…”

Fiza Kamarudin
02/10/2021
12:50 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian menafikan sedang menjalin cinta dengan rakan duetnya, Ziva Magnolya.
Rizky berkata dia dan Ziva mula rapat selepas masing-masing terlibat dengan projek single terbaru mereka berjudul Terlukis Indah.
“Hubungan kami memang rapat tetapi hanya sebagai rakan duet dalam lagu ini. Lagipun, untuk menghasilkan sebuah lagu cinta, kami perlu mencari keserasian.
“Bila sudah ada keserasian mudah untuk bekerja dan lagu juga dapat disampaikan dengan baik,” kata anak kepada pelawak Sule itu.
Perjalanan karier Ziva Magnolya bermula apabila Rizky Febian menemui bakatnya semasa uji bakat Indonesia Idol kesepuluh pada tahun 2019-2020.
Sementara itu Ziva Magnolya pula mengakui sudah lama menyimpan impian untuk bekerjasama dengan Rizky.
Ziva yang juga bekas peserta Indonesian Idol 2019 berkata, sebenarnya Rizky sendiri mahu agar perkara ini dapat direalisasikan sejak tahun lalu.
“Sebelum ini saya memang mempunyai impian untuk berduet dengan Rizky dan akhirnya Terlukis Indah telah melaksanakan impian saya ini.
“Sejak dilancarkan pada bulan Julai lalu, lagu ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pendengar di Indonesia,” katanya.
Rezky dan Ziva ditemui ketika sesi sidang media secara virtual bersama media Malaysia yang berlangsung baru-baru ini.
Single Terlukis Indah yang dilancarkan di bawah naungan Universal Music Indonesia merupakan karya yang dinanti peminat mereka selepas melihat Rezky dan Ziva kerap berduet secara langsung menerusi sosial media.
Rezky dan Ziva berkata, single Terlukis Indah dikeluarkan sebagai tanda terima kasih yang mendalam kepada peminat yang mahukan mereka berkarya bersama.
Lagu ini yang digubah oleh Rizky Febian sendiri mempunyai susunan yang sangat merdu didengar. Pop yang ceria menjadi asas kepada warna muzik yang ditampilkan dalam single Terlukis Indah.
Dengan sedikit sentuhan suasana R n ‘B serta susunan muzik yang groovy ditambah dengan kualiti vokal mereka berdua yang mampu menjadi senjata utama dari segi suara dalam single Terlukis Indah ini.
Pakej yang lengkap dari sebuah karya yang hebat!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

gempak
09/07/2024
11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.
Hiburan

Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”

gempak
19/05/2024
12:55 MYT
Menerusi acara tersebut, bapa kepada Mahalini, I Gede Suraharja, menitipkan pesanan buat Rizky sebagai seorang suami.
Hiburan

Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali

gempak
06/05/2024
13:16 MYT
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Hiburan

Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini

gempak
30/04/2024
07:54 MYT
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.