Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini

Rizman Ruzaini Bakal Timang Baby Girl, Dah Siap Deco Bilik Buat Sang Puteri, Banyaknya Anak Patung!

ZULHILMI JALIL 17/05/2020 | 05:36 MYT
Pereka fesyen, Rizman Nordin mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.. It’s a GIRL!!!! Sempena Ramadan yang mulia ni, saya nak kongsikan berita gembira ini kepada semua.
"Sekalung penghargaan dan terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan sayang saya, Suraya," katanya.
Dalam perkongsian tersebut, Rizman turut memuat naik foto yang memaparkan bilik tidur puterinya itu nanti.
Bilik tersebut kelihatan dipenuhi dengan anak patung yang menghiasi segenap ruang dinding.

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.. it’s a GIRL!!!! Sempena Ramadan yang mulia ni, sy nak kongsikan berita gembira ini kepada semua. Sekalung penghargaan dan Terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan my syg Suraya. Kami berharap anda terus mendoakan juga agar pinchesss kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaanNya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi. Amin amin ya rabbalalamin..

A post shared by rizman nordin (@rizman.n) on

Pada masa sama, katanya dia berharap bayi yang dikandung isterinya, Nurida Suraya itu sentiasa sihat.
"Kami berharap anda terus mendoakan juga agar puteri kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaannya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi. Amin amin ya rabbalalamin," coretnya.
Terdahulu, pada Mac lalu, Rizman memaklumkan kepada umum bahawa isterinya kini sudah berbadan dua.
BACA: "Usianya Kini Masuk Bulan Keempat" - Rizman Kongsi Berita Gembira Isterinya Sedang Hamil
Rizman, 36, mendirikan rumah tangga dengan Nurida Suraya, 31, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 13 September 2019.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Pereka Fesyen #Baby Girl #Rizman
;