Laman Utama
Rizman Ruzaini Dedikasi Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Siti Nurhaliza
Sempena ulang tahun kelahiran ke-42 penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hari ini, pereka fesyen duo popular, Rizman Ruzaini menulis ucapan istimewa buat bintang yang sering menyarung rekaan mereka itu.
Menurut Rizman Ruzaini, persahabatan mereka bersama Siti telah terjalin selama 15 tahun sejak awal penubuhan jenama tersebut.
"Selamat HarI Lahir buat Mustika Hati Negara, yang juga Rizman Ruzaini's Fashion Royalty, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"15 tahun usia Rizman Ruzaini, 15 tahun jugalah usia persahabatan kami bersamanya," tulis Rizman Ruzaini di Instagram.
Dalam pada itu, pereka fesyen kegemaran ramai selebriti itu juga mengucapkan terima kasih kepada Siti dan mendoakan kebaikan untuk beliau.
"Terima kasih DSCT kerana sentiasa bersama kami, kami mendoakan supaya DSCT dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan terutamanya untuk cahaya mata kedua ini, dan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya, Amin Ya Rabbalalamin," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Rizman Ruzaini turut menulis ucapan buat penyanyi kesayangan Malaysia itu, tidak kurang juga yang memuji kecantikan Siti.
Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh, Pahang pada 11 Januari 1979.
Happy Birthday Tok Ti! Semoga terus menyinar!