Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

Firdaus
25/07/2024 13:37 MYT
Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.

Angkat Tema Tradisional

Busana khas bertemakan tradisional itu akan dipakai oleh kontinjen Malaysia sempena majlis perasmian Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada 26 Julai.

Menurut Rizman Nordin, rekaan itu didedikasikan untuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan mengangkat perwira-perwira negara sebagai inspirasi utama.

"The Malaya adalah cetusan sangat istimewa yang lahir pada lubuk hati kami sebagai pereka tempatan, yang mendukung nama Malaysia dalam setiap perjalanan memperjuangkan rekaan fesyen di sini juga merentasi sempadan negara

"Baju teluk belanga dipilih sebagai tanda junjungan kasih kami buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.

"Koleksi ini adalah dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman," ujar Rizman.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Tambahnya lagi, rekaan dalam rona zaitun dengan motif keemasan itu adalah sebagai simbolik terhadap perjuangan atlet untuk meraih kemenangan di pentas Olimpik.

Selain itu, songket juga diangkat sebagai motif utama dalam rekaan berkenaan.

BERITA TRENDING:Busana Kontijen Mongolia Untuk Paris 2024 Pula Raih Perhatian… Siapakah Pereka Di Sebalik Seragam Cantik Ini?

BERITA TRENDING:Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING:Akur ‘Permintaan’ Netizen, MOM Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Rasmi Kontijen Negara Sempena Sukan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING:Isu Baju Olimpik, MY Creative Moments Mohon Maaf Kelemahan Pelancaran Pakaian Rasmi Kontinjen Negara


Teluk belanga akan dipakai oleh atlet lelaki manakala wirawati negara pula akan memperagakan baju kurung yang dilengkapkan dengan pemakaian tudung khas.

Tudung tersebut akan dihiasi dengan corak istimewa seperti cetakan tarikh-tarikh penting berkaitan Malaysia antaranya tarikh Kemerdekaan negara.

#Berita #Rizman Ruzaini #Busana #Olimpik
;