Empat anggota kumpulan BTS, RM, Jimin, V, dan Jungkook telah memulakan proses untuk melaksanakan khidmat ketenteraan.

Berita tersebut disampaikan secara rasmi oleh agency Big Hit Music pada Rabu, menerusi platform komuniti peminat, Weverse.

BERITA TRENDING: Jungkook Muncul Di Inkigayo, Ubati Rindu Army Pada BTS

"RM, Jimin, V, dan Jungkook sedang giat bersiap untuk memenuhi tugas perkhidmatan tentera mereka. Kami akan segera berkongsi maklumat terkini mengenai jadual perkhidmatan tentera mereka.

“Kami berjanji memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sehingga mereka pulang dengan selamat. Cinta anda sangat bermakna buat mereka, dunia bagi mereka," ujar Big Hit Music.

BERITA TRENDING: Korea Selatan & ARMY Rai Besar-Besaran Ulang Tahun Ke-10 K-pop BTS!

Menerusi pengumuman tersebut, RM, Jimin, V dan Jungkook telah menamatkan penangguhan pendaftaran ketenteraan mereka.

Sumber: Allkpop