Siapa sangka, sehelai tudung mampu mencecah nilai RM100,000 hampir menyamai harga sebiji kereta buatan luar negara?
Ya, tudung milik pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri itu berjaya melakarkan sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia!
Kata Haliza, ketika menerima pemberian daripada pengeluar batu kristal tersohor dunia, Swarovski, dia hanya mampu menangis dan terkedu.
"Saya menangis tak terkata ketika mendapat hadiah yang sangat luar biasa ini. Terlalu gembira...
"Tidak sangka sama sekali hajat saya untuk melihat kilauan batu kristal Swarovski direalisasikan pada sehelai tudung," katanya kepada Gempak.
Pemberian Swarovski kepada Haliza sebagai tanda penghargaan kerana menjadi pemborong batu kristal terbesar dunia.
Tudung bawal berwarna hitam itu ditaburi 7,512 butir batu kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
Jelas Haliza lagi, tudung berdiameter 1.14 meter itu mengambil masa selama 320 jam (13 hari) untuk disiapkan oleh 12 tenanga pekerja di Austria.
Sementara itu, menurut pengurus jualan Swarovski Malaysia, Teo Zi Wei, tudung itu menjadi projek paling lama pernah disiapkan syarikat terbabit.
"Proses menyiapkan tudung ini mengambil masa yang lama kerana ia perlu dilakukan dengan teliti dan mengambil kira posisi tudung apabila dipakai.
"Tambah pula ia dihasilkan oleh pekerja di Austria yang tidak biasa dengan tudung bawal," katanya.
Haliza memberitahu tudung terbabit tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan akan dipamerkan di butik Bawal Exclusive yang akan siap pada 1 September depan.
Amri Hassan
Fri Aug 14 2020
Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!
Anna kini ulang alik dari Malaysia ke Jakarta.
Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”
Sarimah kongsi perjalanan karier seninya.
"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.
Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri Jadi Filem Nombor 1 Malaysia 2024
Memang terbaik!
“Sibuk Nak Tanya Siapa Curang, Siapa Apa, Laki Bini Sendiri Terabai” - Diana Danielle
Diana bersuara di laman sosial.
Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi. Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Rakyat Malaysia Nak Belajar Di Australia Perlu Tunjuk Bukti Ada Wang Simpanan RM93,000
Ini syarat untuk belajar di Australia.
Selepas 14 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Raja Azura Kahwin Semula?
Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura dilaporkan mengahwini lelaki pilihannya dipercayai berlangsung semalam.
Wanita Mengaku Salah Menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”
Menarik juga lagu ILU.