HIBURAN

RM100,000 Menanti! Jaguh Rakan Muda Uji Stamina, Minda & Semangat Juang Anda

Asyraf Roslan 11/08/2025 | 16:55 MYT
Adakah anda seorang yang berani mencabar diri? Sukakan aktiviti fizikal?

Mahu menguji kekuatan mental anda? Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah serta punya semangat juang luar biasa?

Inilah peluang anda untuk menyerlahkan kehebatan diri!

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Astro membawakan kepada anda Jaguh Rakan Muda, sebuah rancangan realiti fizikal paling mencabar yang bakal menguji ketahanan, kecergasan dan semangat juang anak muda Malaysia!

Program ini akan menguji ketahanan tubuh, kekuatan minda dan kecekalan jiwa setiap peserta Hanya yang benar-benar kental akan mara ke hadapan. Hanya yang terbaik akan dinobatkan sebagai Jaguh Rakan Muda!

APA YANG MENANTI ANDA?

· Cabaran fizikal yang menguji kemampuan

· Tugasan lain yang mencabar minda, emosi serta bakat kepimpinan

· Persaingan sengit bersama peserta dari seluruh negara

· Dan yang paling menarik, hadiah utama bernilai RM100,000!

Jaguh Rakan Muda terbuka kepada :

· Warganegara Malaysia

· Berumur antara 13 hingga 30 tahun

· Sihat tubuh badan dan cergas fizikal

· Penyertaan secara individu 1sahaja

Tak kira anda seorang atlet, pelajar, pekerja, atau pencinta cabaran – jika anda yakin dengan kekuatan diri, ini adalah pentas untuk anda bersinar!

📍 Lokasi uji bakat. Datang dan tunjukkan taring anda!

📅 9 & 10 Ogos 2025, 10 pagi – 10 malam 📍 1st Avenue Mall, Georgetown, Pulau Pinang

📅 16 Ogos 2025, 8 pagi – 8 malam 📍 Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

📅 16 & 17 Ogos 2025, 10 pagi – 10 malam 📍 Town Park, MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur

📅 23 Ogos 2025, 8 pagi – 8 malam 📍 Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak

📅 23 Ogos 2025, 8 pagi – 8 malam 📍 Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan terkini Jaguh Rakan Muda di laman sosial rasmi @rakanmudaofficial atau layari www.kbs.gov.my/rakanmuda

#Rakan Muda #Jaguh Rakan Muda