Kerugian sebanyak RM18,000 kerana terpaksa menolak kira-kira 300 tempahan jahitan baju raya tidak mematahkan semangat ibu tunggal Mahani Udit mencari inisiatif lain untuk mendapatkan pendapatan melalui kemahirannya dalam bidang jahitan.
Memetik laporan Bernama, Mahani, 30, menggunakan kemahirannya itu dengan menjahit baju daripada cebisan kain perca serta penutup hidung dan mulut daripada kain secara kecil-kecilan dari rumah.
"Ketika kerajaan mengumumkan PKP, saya hanya ambil 100 tempahan baju sahaja (diusahakan di kediamannya), di samping terpaksa memulangkan deposit pelanggan sebanyak RM18,000," katanya.
Sebelum ini, Mahani terpaksa menolak tempahan jahitan baju Melayu serta baju kurung, dan memulangkan wang deposit RM18,000 kerana kedai jahitnya di Kompleks Bukit Jambul tidak dapat beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain pekerjanya diberi cuti.
Sejak pelaksanaan PKP Fasa 1, Mahani menerima tempahan kira-kira 3,000 unit penutup mulut dan hidung yang berasaskan kain dan dijual secara dalam talian pada harga RM5 sehelai.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima amat memberangsangkan, sedikit sebanyak dapat menampung pendapatan bulanan. Saya menggunakan perkhidmatan 'runner' atau pos untuk menghantar tempahan yang sudah siap dijahit," katanya yang mempunyai pengalaman menjahit sejak lima tahun yang lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata selain menjahit penutup mulut dan hidung, beliau turut menjahit baju dari cebisan kain perca yang dijual dengan harga lebih murah antara RM15 dan RM25 sepasang yang turut dijual menerusi laman Facebook (FB).
Ditanya bagaimana beliau mendapatkan peralatan dan bahan jahitan seperti benang, manik, butang dan sebagainya dalam tempoh PKP, Mahani berkata perkara itu tidak menjadi isu besar kerana stok bahan masih cukup selain ia masih boleh ditempah secara dalam talian.
Sementara itu, kecekalannya dalam meningkatkan taraf hidup keluarganya jelas kelihatan apabila beliau turut mengambil keputusan melanjutkan pelajaran melalui pengajian jarak jauh (PJJ) dalam jurusan Diploma Pengurusan di Universiti Sains Malaysia (USM).
"Bagi saya, masih belum terlambat untuk melanjutkan pelajaran walaupun memegang gelaran ibu tunggal sejak sepuluh tahun lepas di usia yang muda. Saya berharap keadaan sekarang bertambah pulih manakala kegiatan ekonomi dapat berjalan seperti sedia kala ekoran ramai yang terkesan," katanya lagi.
Sumber: Bernama
Zulaikha Yusof
Wed Apr 29 2020
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.
Cikgu bahasa Korea pening ajar Bapak Bapak | Projek Bapak Bapak S3
Macam-macam hal Bapak Bapak ni. Cikgu bahasa Korea pun pening.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu